Jennifer Aniston
Rahasia aneh: Syampu kuda
Dihiasi rambut tebal ikal mayang, penampilan bintang siri komedi Friends ini memang selalu dibayangi imej serba eksklusif. Namun, janda Brad Pitt ini sebenarnya banyak bergantung kepada syampu Mane ‘n Tail yang sepatutnya digunakan ke atas kuda. Ia mungkin sesuai untuk rambut Jennifer kerana bahan dalam syampu itu dihasilkan untuk melembutkan helaian bulu keras kuda.



Catherine Zeta Jones
Rahasia aneh: Membersih gigi dengan buah-buahan dan membasuh rambut dengan bir.Baru-baru ini Catherine, 39, berkata, dia gemar memakan epal setiap kali lepas makan untuk membersihkan gigi. “Gigi saya sentiasa kelihatan berkilau selepas itu,” katanya.
Jika tiada epal dalam simpanannya, Catherine memilih strawberi sebagai ganti.
“Jus atau pulpa buah itu mengandungi asid malic yang bertindak sebagai penghapus kotoran permukaan gigi,” katanya.Untuk perapian rambut, Catherine memilih madu bersama bir untuk mengekalkan kilauannya.


Cindy Crawford
Rahasia aneh: Susu sebagai pelembap
Supermodel ini mengekalkan wajah muda dengan menggunakan susu sebagai pelembap.
Susu itu, katanya, dicampur dengan air dan disembur ke permukaan muka dari semasa ke semasa sepanjang hari.“Protein dalam susu membantu mengekalkan kecantikan kulit,” katanya.


Halle Berry
Rahasia aneh: Menyapu kaki dengan biji kopi
Halle Berry menggosok biji kopi di seluruh kaki hingga paha bagi membuang kedutan.
Katanya, kafein dalam kopi mengurangkan penampilan selulit dan mencergaskan sel metabolisme.


Eva Longoria
Rahasia aneh: Merawat muka dengan protein uri
Bintang siri Desperate Housewife ini banyak bergantung kepada krim mengandungi protein uri untuk mengekalkan kesegaran wajahnya.
Krim itu mengandungi enzim, vitamin, bahan antioksida dan asid amino yang penting untuk mengekalkan keremajaan kulit.


Julia Roberts
Rahasia aneh: Minyak zaitun pada kuku
Julia menyalut tangan dan kukunya dengan minyak zantun bagi melembutkan kulit lembut dan menguatkan kuku. Minyak zaitun mengandungi asid lemak dan vitamin E serta K bagi menguatkan kuku.


Teri Hatcher
Rahasia aneh: Mandi wain
Teri dilaporkan menggunakan wain dalam mandian bagi melembutkan kulitnya.
Kata Teri, bahan antioksida dalam minuman itu membantu menjadikan kulitnya kelihatan sentiasa segar.



Sandra Bullock
Rahasia aneh: Krim buasir merawat bawah mata
Bintang filem Miss Congeniality ini menggunakan bahan berkenaan bagi mengurangkan kelesuan pada kulit di bawah matanya. Kata Sandra, krim itu mengandungi sejenis bahan yang mampu menegangkan sementara kulit muka.


Debra Messing
Rahasia aneh: Bisa ular sebagai krim mata
Pelakon The Will And Grace ini menggunakan krim mengandungi bisa ular bagi memastikan kulit sekitar mata dan wajahnya lembut serta bebas daripada kedutan.
Katanya, bisa ular itu memperlahankan reaksi pada otot muka dan membantu melambatkan kesan kedutan.

sumber : http://bereh.org/hiburan/rahsia-aneh-kecantikan-selebriti



Related Posts with Thumbnails